1.1 Analisis Prinsip Organisasi dalam Reka Bentuk Kurikulum Standard Kebangsaan dari Dimensi Vertikal dan Dimensi Horizontal

 


                    Prinsip organisasi dalam reka bentuk kurikulum standard kebangsaan boleh dibahagikan kepada dua dimensi iaitu dimensi menegak (vertical) dan dimensi mendatar (horizontal). Prinsip dimensi menegak ialah prinsip kesinambungan dan prinsip urutan manakala prinsip dimensi mendatar pula ialah prinsip skop, prinsip integrasi dan prinsip imbangan.

                     Prinsip kesinambungan atau turut dikenali sebagai Principle of Continuity yang bermaksud pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka. Suatu kurikulum yang sempurna mempunyai kesinambungan yang lancar dengan dimulai peringkat paling asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikan untuk meneroka pada tahap yang lebih tingg  Kesinambungan di antara pelbagai tingkat sekolah iaitu bahan pelajaran yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat  pendidikan yang lebih tinggi seharusnya  diajarkan pada peringkat pendidikan sebelumnya atau seterusnya.

                  Bahan pelajaran yang telah diajarkan pada peringkat pendidikan yang lebih rendah tidak harus diajarkan lagi pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi  agar terhindar dari penindihan pengaturan bahan dalam proses pembelajaran. Oleh itu, objektif atau kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh.

                  Prinsip urutan atau Principle of Sequence bermaksud jumlah timbun-tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu. Contohnya, membuat rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran harian dan pengalaman pembelajaran murid. Prinsip ini menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya setiap pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih dekat, meluas & mendalam.

                  Prinsip interasi (Principle of Integration) ialah menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh. Integrasi dikaitkan dengan elemen merentas kurikulum: Bahasa, ilmu, kemahiran, nilai, teknologi, inovasi, kreatif dan keusahawanan. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.  Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

                  Elemen Bahasa menekankan  penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua mata pelajaran. Semasa pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) dijalankan  bagi setiap mata pelajaran, aspek-aspek seperti sebut, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi yang lebih berkesan. Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan mampu  mengamalkannya dalam kehidupan seharian .Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Dalam pendidikan, penerapan nilai murni secara rasmi diberi penekanan adalah melalui Laporan Kabinet. nilai murni yang difokuskan merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian.

                 Penerapan elemen Sains dan Teknologi mampu menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan murid. Penggunaan teknologi dalam pengajaran juga dapat membantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan. Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat kerana ianya dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciir-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.Antara ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdPc melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.

              Prinsip skop berkaitan dengan keluasan dan kedalaman kandungan yang perlu dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. Contohnya ialah pecahan unit dalam sesebuah topik atau dikenlai sebagai subtopic. Keluasan dan kedalaman kandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap murid menguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif.

               Prinsip Imbangan kandungan pula merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada murid-murid untuk menguasainya. Contohnya peruntukan masa untuk mata pelajaran matematik lebih lama dari mata pelajaran lain kerana konsep pdpc yang dijalankan untuk subjek matematik bezbeza dengan subjek lain. Disamping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi,ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh.


Ulasan