1.2 Aplikasi Model Kurikulum Tyler Ke Arah Membina Pengalaman Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar

 

MODEL KURIKULUM TYLER


Ralph Tyler memperkenalkan Model Kurikulum Tyler pada tahun 1949 dan dianggap sebagai model klasik. Model Kurikulum Tyler merupakan model kurikulum pertama dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum di Malaysia. Model ini memberikan fokus kepada suatu pembelajaran yang terarah, dirancang dan terurus oleh pihak sekolah. Tyler menegaskan bahawa untuk mencapai sesuatu tujuan, penggunaan objektif dalam perkembangan kurikulum sangat penting. Menurut beliau, perkara yang paling penting dalam proses pendidikan ialah pembentukan tingkah laku. Berdasarkan model ini, terdapat perubahan yang besar terhadap pola tingkah laku pelajar di mana perubahan yang berlaku ialah apabila setiap kali perubahan pernyataan objektif sekolah.

PRINSIP ASAS MODEL TYLER

OBJEKTIF
Dalam model Tyler objektif yang dimaksudkan ialah matlamat yang hendak dicapai oleh guru terhadap pelajarnya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru akan menentukan matlamat dan objektif yang diperoleh pada akhir waktu pembelajaran.Tyler menyatakan bahawa dalam usaha mencapai objektif, seseorang pendidik harus  memastikan bahawa objektif pelajaran yang dipilih mestilah selaras dengan keperluan pelajar serta isikandungan yang sesuai dengan keperluan masyarakat. Satu ciri objektif yang baik haruslah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat pelajar. Untuk merangka suatu pengajaran yang bersistematik, Dokumen Standard Prestasi dan dokumen Standard Kurikulum haruslah menjadi rujukan. Dalam menentukan objektif, pertimbangan yang harus diambilkira ialah penglibatan pelajar , tingkah laku pelajar, keadaan dan tingkat prestasi pelajar.

KANDUNGAN
Kandungan kursus merupakan bahagian kedua dalam pembentukan kurikulum Model Tyler. Kandungan kursus yang mantap mestilah berdasarkan pemilihan dan perancangan pembelajaran oleh pendidik.Perancang kurikulum harus mengambil kira aspek pengalaman sedia ada pelajar. Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, penyusunan bahan kurikulum harus disusun mengikut unit-unit pembelajaran dari bahagian mudah ke bahagian yang lebih kompleks. Ini bagi menghasilkan penerimaan pengajaran yang seoptimanya daripada seseorang pendidik. Dalam penyusunan kandungan, Tyler menyarankan tiga prinsip utama yang perlu dijadikan dasar iaitu prinsip kesinambungan, prinsip ketertiban dan prinsip kesepaduan.

KAEDAH
Kaedah dalam model Tyler berfokus kepada pemilihan set-set dan kaedah pengajaran yang dipilih oleh seseorang guru. Pemilihan kaedah pengajaran merupakan suatu yang sangat penting kerana pemilihan kaedah yang bersesuaian dengan isi kandungan yang disampaikan akan membawa kesan terbaik kepada pembelajaran pelajar. Pemilihan buku-buku rujukan yang sesuai di samping pemilihan alat dapat memudahkan pelajar Ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.

PENILAIAN
Bahagian keempat dalam Model Tyler ialah penilaian. Untuk melihat kesan pencapaian objektif dan matlamat kurikulum sama ada berjaya atau sebaliknya, maka penilaian akan dilakukan. Penilaian ini pula boleh dilaksanakan dengan berbagai-bagai kaedah dan pada pelbagai peringkat bagi mendapatkan pembuktian keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah ditetapkan. Penilaian yang biasanya dilakukan ialah penilaian secara formatif atau sumatif. Penilaian formatif merupakan penilaian secara berterusan yang dilakukan selepas selesai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran manakala penilaian sumatif ialah penilaian penilaian akhir tahun seperti peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan umum seperti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penambah baikan kurikulum pula akan dilakukan secara berterusan melalui kaedah penilain sumatif.

KELEBIHAN MODEL TYLER

  • Sistem dalam mengurus perjalanan pengajaran dan pembelajaran
Objektif dan matlamat yang jelas di awal perancangan pengajaran memberikan seseorang guru membolehkan idea dan gambaran yang jelas berkaitan hasil yang diharapkan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan dan kaedah yang dipilih dapat digabungkan serta membolehkan sesuatu hasilan tersebut dinilai.
  • Logik, mudah dan praktik

Penyusunan aras kurikulum yang dimulakan dengan penetapan matlamat dan objektif pengajaran menjadikan model ini mudah diterima dan praktik. Dengan ini dapat menghasilkan maklumat yang mudah di fahami.

  • Pelajar dapat berinteraksi dengan persekitaran luaran

Model ini sangat mementingkan pengalaman pembelajaran yang aktif oleh pelajar sebagai asas kejayaan model ini. Justeru itu, para pelajar berpeluang untuk berinteraksi dengan persekitaran luaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan ini, para pelajar akan dapat membina kemahiran berfikir aras tinggi, membantu mencari maklumat dan menanam minat dan sikap positif dalam diri pelajar.

  • Menentukan hala tuju organisasi

Model Tyler juga dapat menentukan arah atau hala tuju sesebuah organisasi kerana sifat model ini sendiri yang dapat membuat pengesahan tentang keberkesanan organisasi. Selain itu, mampu menyusun objektif dan matlamat organisasi mengikut keutamaan dan objektif terhadap objektif penilaian.


KELEMAHAN MODEL TYLER

  • Terlalu berpegang kepada objektif 

Model Tyler yang membuat penetapan objektif pengajaran pada peringkat awal ternyata mengehadkan objektif kurikulum. Kesannya ialah menghalang para pendidik untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing.

  • Terdedah dengan unsur-unsur politik
Model ini juga dikatakan terlalu terbuka dan terdedah dengan unsur-unsur luaran seperti pengaruh politik yang mudah memanipulasikan pendidikan. Impaknya ialah, individu dan pihak yang bertanggungjawab dalam pendidikan kehilangan kuasa untuk membuat keputusan dan menentukanhala tuju pembangunan pendidikan negara.
  • Terlalu terikat dengan mata pelajaran dan peperiksaan
Memandangkan Model Tyler terlalu memberi tumpuan kepada kurikulum sesuatu mata pelajaran dan peperiksaan untuk tujuan penilaian maka, kesukaran timbul untuk menulis objektif tingkah laku pelajar.

PENGALAMAN PELAJAR MENUNTUT TYLER

Apakah pengertian pengalaman pembelajaran?

Pengalaman pembelajaran adalah interaksi antara pelajar dan keadaan persekitaran,melalui proses ini, pembelajaran berlaku. Pengalaman pembelajaran boleh diberi melalui pendengaran, penglihatan, perbuatan, kombinasi pendengaran dan penglihatan, dan penglibatan.

Apakah ciri-ciri pengalaman pembelajaran?

Mengutamakan kegiatan-kegiatan atau pengalaman-pengalaman pelajar dalam rangka membetuk kemampuan yang bersepadu dengan potensi pelajar.

Bagaimanakah perlaksanaan pengalaman pembelajaran?

Pengalaman pembelajaran perlu mengambil kira pengalaman lampau dan pandangan pelajar berhubung perkara yang dipelajari atau situasi yang dialami. Pengalaman pembelajaran dipilih berdasarkan pandangan berhubung proses pembelajaran dan perkembangan atau pembangunan seseorang pelajar.

Apakah kesan pelaksanaan pengalaman pembelajaran?

Dapat menerapkan nilai-nilai demokrasi dan kerjasama dalam kelompok. Serta menerapkan nilai-nilai demokrasi dan kerjasama dalam kelompok sehingga akan terbentuk kemampuan sosial dalam pengalaman belajar.

Ulasan