1.0 Analisis Reka Bentuk Kurikulum, Pola Kurikulum dan Orientasi Kurikulum Yang Dilaksanakan dalam Kurikulum Kebangsaan

 

Kurikulum yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah penting sebagai panduan kepada setiap pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Pendidik perlu melaksanakan tugasan pengajaran berpandukan rancangan pengajaran. Rancangan pengajaran tersebut berpandukan topik dan sub-topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus atau maklumat kursus, dimana ia juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi proses pengajaran. Proses pengajaran merangkumi beberapa proses iaitu proses menentukan matlamat pendidikan, merancang kurikulum, merancang pengajaran dimana rancangan pengajaran dihasilkan, seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran yang membawa kepada hasil pembelajaran.

        Bagi konteks ini, pembentukkan kurikulum kebangsaan telah dirancang oleh pakar Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan rancangan ini telah didokumenkan secara bertulis melalui silibus bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu pelajar sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal yang demikian sedia maklum dimana Kurikulum Kebangsaan telah didokumentasikan mengikut tahap dan jenis Pendidikan seperti Kurikulum Standard Pra-Sekolah (KSPR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang kini telah diubah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang juga telah bertukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Pendidikan Khas (KPK).



Perkembangan kurikulum di Malaysia melibatkan tiga proses utama iaitu Perancangan, Perlaksanaan dan Penilaian. Proses Perancangan merangkumi organisasi kurikulum yang dibahagi kepada dua iaitu dimensi vertikal dimana ia melibatkan turutan dan kesinambungan dan dimensi horizontal yang melibatkan integrasi, skop dan imbangan. Bagi Proses Perlaksanaan pula melibatkan penyebaran, pengoperasian dan pengurusan, pengelolaan dan pemantauan. Akhir sekali, Proses Penilaian iaitu menilai keberkesanan kurikulum dengan maklumbalas seterusnya melaksanakan penambahbaikkan yang sedia ada.

Pola & Orientasi Reka Bentuk Kurikulum

i) Berpusatkan pelajar

Ciri-ciri :

  • Fokus kepada individu dimana potensi individu dicungkil
  •  Pengajaran mengikut minat pelajar 
  • Organisasi kurikulum (minat, keperluan da tujuan pelajar)
  • Berorientasikan aktiviti & membina pengalaman
  • Humanistik iaitu pembinaan insan
  • Bersifat terbuka kepada pelajar untuk turut sama dalam mereka bentuk kurikulum yang hendak mereka pelajari. 

Kekuatan :

  • Motivasi belajar bersifat intrinsik
  • Pengajaran melihat kepada perbezaaan individual
  • Aktiviti penyelesaian masalah untuk menghadapi kehidupan

Kelemahan :

  • Lemah dalam komuniti dan sekuens bahan
  • Sukar diimplementasikan oleh guru biasa ( perlu guru khas)
  • Penekanan pada minat belum tentu sesuai untuk menghadapi realti
  • Dasar penyusunan struktur kurikulum tidak jelas kerana kurikulum hanya menekankan minat pelajar

ii) Berpusatkan akademik

Ciri-ciri:

  • Menekankan pengetahuan,nilai dan warisan budaya
  • Beronterasikan kepada subjek dan pengetahuan
  • Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek
  • Kurikulum berpusat isi kandungan ( apa yang akan diajarkan)
  • Pengajaran melibatkan proses mengingat & memahami
  • Diajarkan secara terpisah-pisah (mengikut bab/topik)
Tersusun : menegak : ikut tahap kesukaran,mudah > sukar 
Mendatar : antara disiplin ilmu

Kekuatan : 

  • Mudah untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian
  • Pendidik tidak perlu dilatih secara khusus

Kelemahan: 

  • Peranan pelajar pasif
  • Pengajaran fokus kepada pengetahuan
  • Pengajarannya yang terpisah-pisah bertentangan dengan kenyataan bahawa pengetahuan berbentuk integrasi 

iii) Berpusatkan masyarakat

Ciri-ciri :

  • Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat 
  • Berasaskan pemikiran bahawa manusia sebagai makhluk sosial yang perlu hidup bersama & ada konflik
  • Isi kurikulum berupaya masalah-masalah sosial/persekitaran

                          Mendatar : merentas pelbagai disiplin ilmu

                          Menegak : keupayaan selesaikan masalah

  • Kurikulum mengintegrasikan antara subjek dengan masalah kehidupan sosial & alam sekitar
  • Pengajaran menggunakan pendekatan penyelesaian masalah 
  • Mengintegrasikan beberapa mata pelajaran
  • Lingkungan masalah dalam kehidupan & masyarakat
  • Masalah membentuk intipati kurikulum 
  • Pelajar mempelajari kurikulum untuk mengenalpasti, memahami, menganalisis dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan

Kekuatan : 

  • Pelajar memahami masalah
  • Pencegahan dari dalaman diri pelajar
  • Keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat

Kelemahan :

  • Pelajar ingin mencuba walaupun telah memahami masalah 
  • Menimbulkan masalah yang lebih besar
  • Kos lepas yang terpaksa ditanggung oleh pelajar, keluarga, masyarakat dan negara




Ulasan